Rabu, 16 Mei 2012

NUR AQILAH DI CITY PARK

BAGI IKAN MAKAN...



Nur Aqilah marah mama dia ambil sikit makanan ikan.



Ok tak apa mama ambil sikit. Tengok muka pun kelat je...



Nak ambil gambar pun dia bising...



Macamla sampai nak baling dari atas bangku jew???



Usahakan juga baling dari atas bangku sebab dia tak puas hati, tak nampak ikan berebut-rebut nak makan roti yang dia bagi.


Kusyuk sangat...



'ha ikan da makan roti kakak baling'....


 1 2 3 senyum....



papa dia pun sibuk gak, da berebut roti ngan kakak ...



'papa roti kakak da habis gie la bli lagi'.... tak puas hati lagi x culup satu bungkus roti.



tak cukup roti yang kakak bagi sebab banyak sangat ikan dalam kolam tu.... lain kali datang lagi....




Khamis, 19 April 2012

RUMAH MAK... di Palong 8

Aktiviti di kampung Felda Palong 8.



Nie sepupu dia... anak adik mama nur aqilah...
bersama2 menyepahkan rumah mak yang memang tengah bersepah...




Baru jumpa patung shinchan ni... apa lagi terus melekat la x lepas.
Bli mase kursus kat intan kluang... air hitam mari..




mengutip getah rambut mak usu untuk di buat main...
lain x de main je la...





mama suh amek gambo dok diam2 tapi dia main-main...
main, main, main, main...




mak su, danish n nur aqilah...
walaupun gambo x bape nak cantik tp jd le....



orang sibuk amek gambo, danish sibuk main handset...
x ble la ibu dia gi jauh sikit menangis.
bakal nak dapat adik baru la katakan...
mama aqilah dpt anak buah baru.



Susah nak dapat berkumpul macam ni...bila aqilah balik kg danish x dpt balik. bila danish balik kg aqilah plak x balik...
 kene berjanji dulu baru dapat sama-sama balik.
 cucu-cucu mak saye...


Isnin, 16 April 2012

USIM NILAI




usim...

Sempat posing kat surau usim, sempena perlawanan bola sepak antara JBPM NS dan JBPM Perak. Seronok anak dare ni sebab dapat pusing2.
Pas habis bola je angkut hubby gi nilai 3 tp kebayankan kedai da tutup.





sebelum nak tengok papa dia main bola sempat lg suh amik gambo dia... bukan tengok sangat pun papa dia main bola, sibuk nak main pasir kat tempat lompat jauh.




Penat mulut suh turun. kejap dia naik kejap dia turun...






sebelum perlawanan sepak mula... nak gi kat papa dia tp takut...
he he he...
macam-macam ragam nak x nak jew layan... da penat lari sana lari sini dia rehat jap pas 2 sambung balik... nur aqilah yang tak pernah kenal erti penat. senyap time dia tido je la...


USIM NILAI.

Khamis, 15 Mac 2012

SABDA RASULLULLAH SAW.



SABDA RASULLULLAH SAW.
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT PAHALA & KEBERKATAN DPD ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT.
AMIN…

Ahad, 4 Mac 2012

PORT DICKSON...



Kami dtg mandi manda...




Nur Aqilah dengan Kuda...

Semalam 4.3.12 bawak Nur Aqilah gi mandi laut.
Mama dia yg xcited sangat sebab da lama x dpt mandi laut. Sebelum ni pergi tengok nur aqilah je yg mandi.

Sempat bergambar ngan kuda je. masa mandi x dan nak amek gambo. pas mandi manda lepak makan ais krim pas 2 balik...
singgah makan kat situ gak sebab dia sibuk lapar...
cian da puas mandi puas main pasir lapar. singgah la makan jap.
Menu biasa2 je.








Anak seronok  mama ape lagi tumpang sekaki. puas ati masing2.
 papa dia pun x kurang hebatnya berendam.
Puas hati dapt mandi laut.
pas ni bleh la gi lagi. Mambau - PD x jauh tp nak gie 2 x de masa. Papa sibuk ngan bola. entah bila dpt mandi manda lagi...






Khamis, 1 Mac 2012

ZON SEREMBAN


ZON SEREMBAN...
Hari ni hari kedua di Zon Seremban...
Kerja masih blur2 lagi tp al-hamdulillah aku seronok. Aku harap x de la lagi suara2 sumbang yang sering mengata aku.
Hari ni penat sikit coz jd cleaner, tp x pe la sok aku gak nak guna. Pelan2 lama2 ok.

Sunyi kit la coz x sume pegawai ada dalam ofis dalm satu2 masa. Ramai yg kerja kat luar...

Aku ada la byk mase nti x de la org nak perhati 24jam.
Kurang bercakap kurang mengumpat.ha ha ha.
Da lama x berblog da x bape nak pandai. 
Moge2 sumenya berjalan lancar.

Puan Raudah nanti tolong saye...

Tq 4 sume2...


Sabtu, 14 Januari 2012

CITY PARK, S2




Lama da x menaip kat blog ni. sibuk la...
Ni ada masa kit bawak anak dare ni gi ct park. Seronok dia tp x dapat nak bermain sangat sebab tempat

permainan full. Ramai betul org hari sabtu ahad. Bukan orang je yg ramai gagak pun banyak.


Sibuk suh snap kura2 tp x dpt. Nak bg ikan makan tp x bli makanan ikan, lgpun dah ramai org bg makanan

kat ikan 2 sampai ikan pun x nak makan da... ikan pun da muak makan benda yg sama je. Lemas da ikan2

 tu sebab air kat situ da busuk sangat. Sekali sekala seronok dapat bawak nur aqilah jalan2. Dia pun

seronok sangat. Seorang mama akan seronok bila melihat anaknya seronok...



X dpt main permainan main palang kat tangga ni pun jd la...

sebelum nak balik sempat dia bergayut kat sini.

Janji dia seronok.




MERAJUK.

Nak balik da tp dia nak meronda lagi... pas 2 ajak gi kedai nak bli jajan mcm2.

Ikutkan jela, lg pun da nak mangrib terpakse la pukul elok2.

Balik sampai rumah da berkumandang azan. mandi dan solat...

Inilah NUR AQILAH nye perangai nak ikut sangat x bleh x ikut merajuk tp x pe la merajuknya sekejap je...